Wednesday, August 31, 2011

Manchester United 8 - 2 Arsenal



Ahad, Arsenal kalah 8 - 2 di Old Trafford.

Memang tak lain dan tak bukan, semua orang rebut-rebut nak salahkan Wenger. Tapi si Wenger pun satu. Ok, imagine ini, pasukan bola sepak adalah seperti satu set mulut. Gigi yang matang dan bahaya dianggap taring. So, dalam konteks ini, kita boleh anggap Nasri dan Fabregas adalah taring. Dan sekarang, Arsenal sudah tak ada taring. Wenger pula nampaknya tidak berapa bijak bertindak dalam pasaran jual beli gigi. Sudah lah jual taring, ganti taring dengan geraham-geraham bongsu yang lain. Macamana nak makan?

**Manchester City adalah gigi palsu emas.

Dan secara keseluruhan, Manchester United malam tu bermain dengan penuh konfiden. Semua budak-budak muda dia dah macam taring. Masing-masing bahaya. Good job. Arsenal pula sangatlah tumpul di bahagian atas, tengah dan defend. Cuma Szyealanayanyyny(macamana nak eja nama kau tah) je nampak tak nak kalah tapi tetap kena siksa dengan Runi, Yang, Welbek, Nani dan Korea tak mandi.

Shzenyanasy kata "lu orang loser"




Tapi dalam hati aku masih ada rasa kasihan juga dekat Wenger. Press pun jahat semacam. Mulut dah macam mulut Melodi. Sikit-sikit tanya bila nak quit. Member baru kalah 2 game je pun. Aku tengok terkulat-kulat si Wenger tu nak jawab soalan press. Wenger pun baru-baru ini dia ada cakap


"Kami kekurangan source di bahagian Midfield...."


errr... Memanglah. Kau jual Fabregas, jual Nasri lepas tu kau tak ganti dengan siapa-siapa. Nak kumpul duit banyak-banyak nak buat apa? Beli cincin? Beli lah player bagus-bagus sikit. Carilah pemain tengah. Ni tah siapa la yang ada dalam bench Arsenal haritu. And, who the hell is Gilles Sunu?? Tapi masalah dia sekarang adalah, awal-awal transfer bukak takde pula nak rebut beli sana sini. Sekarang ni macam dah tak berapa sempat la nak tarik player-player berkualiti. Dan kalah 2 kali berturut-turut dan penjualan Fabregas-Nasri adalah sangat teruk untuk promosi.






Anyway, good luck untuk Arsenal, Wenger, pemain-pemain, peminat-peminat Arsenal dan Gilles Sunu. Lepas ni lawan Swansea jangan pergi buat hal. Dah dapat Park Chu Young tu(uuuuuuuuuuu~~) mesti la power lepas ni. Tak kesian ke tengok Wenger? Tak kesian?









Takkan tak kesian?


No comments:

Post a Comment